
[hehe]
Saya dari program kepimpinan dan jati diri SK (2) Gombak. Santai aja keseluruhannya. Tapi, macam biasa: 'saya belajar banyak'.
Karakter di atas menunjukkan adik-adik program. Aaa..begitulah mereka. [Bijak+nakal]
Saya?? Sabar jelah :) Satu saya cakap, ada yang sibuk-sibuk mencelah. Contoh....
"Adik-adik, kita ini ibarat bintang-bintang, kan?? Yang indah bersinar-sinar di langit tinggi...(blum abis saya bicara, tiba-tiba..)
"Ape plak Long, kita kan kat bumi. Kita manusia, bukan bintang..."
Waduh..!!
--------------
Separa dari adik-adik ni dari komuniti 'Bambang Susilo' kata ketua fasi kami. Mereka asalnya dari Indon sana. Tapi, ikut mastautin dengan ayah bunda ke negara kita. Saya fikir-fikir gak, ada bezakah mereka dengan kanak-kanak Malaysia?? Hurm..[ada ke bezanya?? kena kaji kot lepas ni :)]
Apa pun, waktu ambil cenderamata dari YDP PIBG, kami disorak dengan sangat meriah. Berbunga hati ada peminat yang ramai :)
--------------
Kenangan terindah lagi untuk kali ini. Hujung naluri ke 'along'an saya, ada fasa kedua akan diadakan. Biar 'follow up' dijadikan rencana pada masa akan datang. Ini tujuan kami, biar buat sehabis baik. Tak kira siapa pun mereka, anak-anak perlukan orang -orang dewasa :)
No comments:
Post a Comment